Penasihat Belia kepada Pesuruhjaya Kesatuan Eropah, Qyira Yusri mempunyai misi untuk meningkatkan lagi penglibatan anak muda dalam penglibatan dan penggubalan dasar berkaitan golongan berkenaan.
Namun, sebelum terus bergerak ke hadapan, pengasas bersama UNDI 18 itu berkata, beliau mahu menyelami suara anak muda dari pelbagai latar belakang, tanpa mengira ideologi, agama, dan bangsa.